Open House Madam Zulfa

Habsyir dan Ayeem.Gambar diorang yang paling banyak.hihihi

Di rumah Madam Zulfa. Terima kasih pada Suraya untuk gambar-gambar ni semua :)

Menjamu selera beramai-ramai :)

Lutfi senantiasa kontrol macho degan memakai spek hitamnya. :)

Terima kasih kepada Madam Zulfa kerana mengajak kami semua menjamu selera di rumahnya. Masa ni kami warga Mycomiczine datang dengan kereta dan bertolak dari Klang pada pukul 4 petang.Gambar yang ada pom tidak banyak.Yang ini aje yang dapat diupload.Semoga kita semua sentiasa bergembira dalam menempuh rencah kehidupan di masa akan datang :)

Nota Kecik:berat badan dah naik dah :(

Oct 4, 2010 - Open House, PMR    No Comments

Salam Oktober

Salam oktober untuk semua rakan-rakan. Kami dari mycomiczine kepenatan beraya disana sini. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja Open House di rumah sanak saudara dan rakan-rakan. Korang macam mane? Mesti kerja sekolah dan assigment yang tertunda masa cuti memeningkan korang kan?hihihi.

Takpelah.Study smart and study hard :)

Bermula esok hari ,semua pelajar tingkatan 3 akan menduduki PMR. ada tak adik korang yang amek PMR?Kalau ada, bersama-sama kita bagi sokongan moral dan berdoa supaya mereka dapat jawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.Di harapkan bulan ini lebih baik dari bulan lepas. Kami warga Mycomiczine sedang menyiapkan flash dan animations untuk comic issue 2.Diharapkan korang enjoy dan gembira selalu :)

Nota Kecik: nanti nak upload gambar Open House kat rumah madam Zulfa .:)

Aug 27, 2010 - Nuzul Quran    No Comments

Ketibaan Nuzul Al-Quran

Salam ramadhan , semoga semua rakan – rakan berada dalam keadaan yang sihat , Insyaallah .

Rakan – rakan tahu apa itu peristiwa Nuzul Al Quran?

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran kita baca pada hari ini. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Tahukah rakan – rakan ,perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.Al Quran merupakan kitab yang paling sempurna yang merangkumi semua bidang di dunia dan di akhirat.

Sempena peristiwa Nuzul Al Quran dan bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan bacaan Al Quran dan menghayati isi kandungannya.Di harapkan, kita semua beroleh pahala yang besar dan diampunkan dosa-dosa yang silam.

Kami dari Team Mycomiczine, tetap bekerja pada hari ini, akan terus memberi maklumat dan informasi kepada rakan – rakan semua. Semoga sedikit perkongsian ini akan membawa kebaikan kepada kita semua . Diharapkan kita semua dapat bersama – sama berkongsi ilmu dan menghayati Ramadhan yang tinggal lebih kurang 13 hari lagi.

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah , Amin :)