Percetakan MYComicZine

Pada 21 oktober 2010,  buat pertama kalinya, MYComicZine telah dihantar ke Pustaka Salam di Batu Caves untuk dicetak. MYComicZine online issue pertama  telah lama berada di website kami, dan telah dicetak sebagai majalah buat pertama kalinya.

Pustaka Salam yang terletak di Batu Caves menjadi pilihan kami kerana kualiti percetakannya dan mudah berurusan. MYComicZine telah dicetak sebanyak 10,000 naskah dan 300 naskah akan dibawa ke Henry Gurney untuk dibahagi kepada para pelajar disana. Entry Henry Gurney akan menyusul nanti.Apa-apa pun, kita layan gambar yang diambil di percetakan Pustaka Salam.:)

 

Papan Tanda Pustaka Salam

Ini adalah antara kitab dan buku-buku yang telah dihasilkan dan dicetak di Pustaka Salam

Pekerja Pustaka Salam sedang melakukan editing pada MYComicZine

Sebelum dicetak, setiap majalah atau buku yang nak dicetak diprint di atas plastik keras

Antara proses yang dilakukan untuk mencetak majalah dan buku

Tempat ukuran dan pemotongan

Percetakan majalah Mycomiczine mengambil masa lebih kurang seminggu.Anda semua nak lihat hasil percetakan tu? Ini adalah MYComicZine Issue 1 yang telah dicetak .:)

MYComicZine

Oct 12, 2010 - Jamuan, Perpisahan    No Comments

Good Bye Goh

Jumaat lalu, 8 oktober 2010, tamatlah tempoh praktikal Goh di Noveline Sdn Bhd.Goh adalah antara pelajar praktikal yang sedang mengasah bakat di mycomiczine.Goh berasal dari China.Ya, negara China, dan sekarang sedang menuntut di Lim Kok Wing, Kuala Lumpur.Tempoh praktikalnya mungkin pendek berbanding pelajar yang lain. Sepanjang  2 bulan setengah Goh di sini, macam-macam hasil tangan dia dapat dilihat.Goh antara pewarna dan illustrator yang hebat di sini.(bagi puji sikit)hehehe :)

Antara hasil kerja Goh*




******

Pada pukul 12.30 tengah hari, jumaat lalu, Dr Firdaus dan keluarga telah mengadakan sedikit jamuan tengah hari untuk meraikan Goh yang akan meninggalkan Mycomiczine pada petang itu juga.Disini kami selitkan suasan adi jamuan perpisahan Goh.Jom tengok :)

Hidangan hari ini. mee goreng +nasi + ayam goreng. nyum nyum :)

Habshir, Goh, Adnan dan Anuar Zain.hehehe :P

Sebelum makan, mari kita baca doa dulu :)

Beratur ya, jangan berebut-rebut :)


Goh yang diraikan :)

Bismillah lu :)

Abe Din aka Goalkeeper Terunggul makan soram-soram.Ngajuk kut. hihihi

Makan dan makan

Tambah-tambah ye.jangan malu-malu :)

Sesi terakhir.Basuh pinggan sendiri-sendiri.hehehe


Oct 7, 2010 - Futsal, Gambar    No Comments

Jom Futsal

Malam tadi telah diadakan perlawanan antara Team Mycomiczine vs  Team Pandamaran. Perlawanan persahabatan ini diadakan di Arena Futsal, belakang opis kami :) Kami tiba di sana pukul 8 malam dan perlawanan bermula lebih kurang pukul 8.30 malam. Masa perlawanan hanya sejam tapi dah cukup memberi kepenatan.Semua warga Mycomiczine yang main futsal berpeluh-peluh.Barulah jadi warga negara yang sihat :) Jom kita terjah gambar-gambar yang sempat dirakamkan malam tadi.:)

Pukul 8 malam, masa ni kami semua baru sampai.bersemangat ni :)

Coach Team Mycomiczine, Yuri The Barbarian.Tepuk la sikit :)

Yang ni masa sesi pemanas.Belum start game lagi.

MyComiczine VS Pandamaran, bermula.

Tengah susun kedudukan kut? hihihi

Goal keeper harapan 2010. Abe Din. :)

Masa perlawanan dah bermula.semua orang tertumpu pada perlawanan.

Sila baca dan patuhi peraturan :)

Team mycomiczine berjaya buat goal dan bola dibawa ke tengah untuk dimulakan oleh pihak Pandamaran

Game yang sengit :)

Perlawanan ini berakhir pada pukul 9.30 malam.Nampaknya, Team Mycomiczine berjaya mendahului di saat-saat terakhir.Syabas kepada semua pemain.Diharapkan minggu depan kita menang lagi.Menang sorak pom takpe, janji kita gembira.hehehe :)