Mar 26, 2011 - Bengkel, Gambar, Mycomiczine    No Comments

Bengkel Taman Pustaka 2

Musim cuti sekolah sudah habis. Apa yang adik-adik buat masa cuti sekolah? Melancong? Tolong ibu-bapa ? Apa-apa yang adik buat, pastikan kita mengisi masa yang ada dengan perkara yang berfaedah.

Apabila cuti sekolah dah tamat, bermakna Bengkel Taman Pustaka di Taman Firdaus turut tamat. Kami gembira dengan sambutan yang baik dari adik-adik. Ada yang sampai ke Taman Pustaka seawal 8.30 pagi. Tak sabar menanti aktiviti yang dilakukan pada hari itu. :)

Di sini kami selitkan gambar-gambar  aktiviti Bengkel di Taman Pustaka di bawah kelolaan Wan dan Anis.


Cantik paper bag yang adik-adik kita buat kan ? :)

Mar 16, 2011 - Bengkel    No Comments

Bengkel Taman Pustaka

Sempena musim cuti sekolah, pihak MYComiczine telah mengadakan Bengkel Taman Pustaka. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mengisi  masa lapang rakan-rakan kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Bengkel ni diadakan di Taman Firdaus, Klang.

Sepanjang  cuti sekolah, 2 orang dari Mycomiczine akan meluangkan masa untuk adik-adik kita dari pukul 11 pagi-12 tengah hari dan 4 petang -5 petang. Pelbagai akitviti menarik akan diadakan, antaranya, Color the World, Cerita Time,  Alif Ba Ta, Public Speaking, Origami dan macam-macam lagi.

*****************************

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakam ketika cik Echah dan cik Shakinah mengendalikan program Alif Ba Ta.

Antara akitvit yang dilakukan pada hari itu ialah:

1) Find Your Way

- Beberapa perkataan dalam jawi ditulis atas manila kad, dan digunting kepada beberapa bahagian,

- peserta dikehendaki menyusun kembali perkataan yang diberi dalam tempoh masa yg ditetapkan.

- Siapa cepat! Dia Menang!

Bahan digunakan:-

- Kad Manila – 1 keping.

2) Searching For The Truth:-

- teka silang kata sebesar kertas A4 diberi kepada peserta.

- peserta dikehendaki melengkapkannya (tiada tempoh masa dihadkan)

- Siapa cepat! Dia Menang!

3) Bina Ria

- peserta dikehendaki melengkapkan huruf- huruf hijaiyah mengikut tertib yg betul dan tepat.

- Siapa cepat! Dia Menang!

Bahan digunakan:-

- Kad Manila – 1 keping.

Feb 22, 2011 - Birthday Dr    1 Comment

Happy Birthday Dr

Pada 18 Februari lepas, warga Mycomiczine telah meraikan hari lahir CEO Noveline Sdn Bhd, Dr. Firdaus Ahmad Azzam. Majlis hari lahir ini diadakan serentak dengan majlis Maulidur Rasul dan majlis perpisahan buat Chow Aimee. Majlis diadakan di home office selepas solat jumaat.

Jom kita layan gambar di sana. :)

Yang diraikan, Dr Firdaus.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan bacaan doa.

Antara makanan yang dihidangkan.Mee goreng dari air tangan Aisyah.Sangat sedap :)

Semua sedang menjamu selera.

Hidangan kedua, selepas mee dan nasi. Pizza. :)

******************

Oh, sebelum terlupa. Kita ada acara memotong kek.

SELAMAT HARI LAHIR DR.

Kami dari warga Mycomiczine mendoakan Dr sihat sejahtera, panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh-NYA.

Amin..

p/s :  perut kenyang sampai susah nak jalan.  :)