Browsing "Gambar"

Eidulfitri Open House at Dr Firdaus’

Syawaal had just left us with His memorable blessings of the month for us to spend a happy and joyous moments with family and friends. Though Syawaal had wishes a farewell this year but yet His everlasting blessings are always showered to us all the time! Alhamdulillah wa syukrulillah~ Allahuakbar!

Today, in the month of October, specifically on 9 Zulqaeda 1432H, we MYComicZine team would like to share one of our special moments on last Syawaal. Alhamdulillah wa syukrulillah~ Allahuakbar! Let’s browse through all the pics taken together :)

***********************************

Eidulfitri Open House at Dr Firdaus’

***********************************

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak -Anak Yatim di Bukit Beruntong, Selangor

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak – Anak Yatim di Bukit Beruntong, Selangor

Tarikh : 11 Ogos 2011
Hari : Jumaat
Masa : 1800 – 2300
Anjuran : Yayasan GIFT / Noveline Sdn Bhd

****************************

Catatan MYComicZine Pada 12 Ramadhan 1432H

Awal Ramadhan tahun ini rata-ratanya kami raikan dengan rutin ibadah Ramadhan hanya di rumah mahupun di masjid. Sesekali ada juga meraikannya di perkampungan orang asli. Namun petang kelmarin kami seramai 5 orang berpeluang berbuka bersama di rumah anak-anak yatim yang terletak di Bukit Beruntong. Kehadiran kami di sana memberi suasana dan rasa berbeza pada 12 Ramadhan kali ini.

Perjalanan kami yang mengambil masa kira-kira sejam setengah itu membawa kami ke sebuah rumah besar  di mana anak-anak yatim ditempatkan. Kami sampai ketika sebahagian para tetamu perempuan lain sedang berbuka dengan juadah yang disediakan manakala yang lelaki sedang solat Maghrib berjemaah. Setelah semua selesai solat Maghrib, semua yang hadir berkumpul dan mendengar sedikit ucapan daripada Datuk Razak. Antara yang ditekankan melalui ucapannya adalah mengenai rumah anak-anak yatim dan jelasnya ia merujuk kepada anak-anak yatim. Sabda Nabi SAW di bawah merupakan antara rujukan dalam ucapannya:

Nabi SAW telah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Maajah yang bermaksud:-

“Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tidak dijaga dengan baik”

Merujuk kepada sabda Nabi SAW tersebut, beliau menjelaskan bahawa meraikan Ramadhan kali ini di rumah anak-anak yatim ini amat bermakna sekali nilainya. Ini adalah kerana ianya diraikan di rumah anak-anak yatim iaitu di mana dengan tautan hati dan kasih antara anak-anak yatim ini mereka dimuliakan dengan asuhan yang baik di rumah yang disayangi Allah ini. Secara jelasnya ucapan beliau amat ringkas namun padat dan terisi dengan penyampaian mesej yang terkesan di hati tetamu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Isya’ berjemaah dan diikuti dengan solat tarawih berjemaah di bahagian surau rumah tersebut di tingkat atas. Setelah selesai solat, semua tetamu meluangkan masa beramah mesra dan melayani anak-anak yatim yang kelihatan agak malu pada mulanya. Namun telatah ceria mereka akhirnya terpancar setelah beberapa ketika kami meluangkan masa bersama mereka.

Masa dan kesempatan yang ada akhirnya berpenghujung pada malam itu. Rata-rata tetamu berundur diri pada lebih kurang masa yang sama kerana hari yang hampir larut malam. Kami juga berundur sama dan mendoakan semoga dengan kasih sayang mereka yang membantu anak-anak yatim ini ini diberkati dan dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT. Amin. Allahu’alam.

MYComicZine – 13 Ramadhan 1432H


*******************************************

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak – Anak Yatim di Bukit Beruntong, Selangor

 

*******************************************

Nota Kaki: Kami diberitahu bahawa bilangan anak yatim adalah seramai 30 orang. 12 orang daripada mereka menuntut di Maahad Tahfiz dan pulang hanya sebulan sekali. Anak yatim paling tua berumur 27 tahun dan yang paling muda berumur 7 bulan. Kami juga diberitahu terdapat anak yatim yang dikategorikan sebagai OKU dan ada yang sakit kronik seperti epilepsy dan strok.


Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Chinggung Tanjong Malim, Slim River, Perak

Program “Jom Ziarah Dakwah” Sempena Ramadhan

TARIKH : 3 OGOS 2011
HARI : RABU
MASA : 1630 – 2300
ANJURAN: Yayasan GIFT

Pada 3 Ogos yang lepas, warga MYComicZine diberi kesempatan menyertai majlis berbuka puasa bersama masyarakat orang asli di Kampung Chinggung Tanjong Malim, Slim River, Perak anjuran Yayasan GIFT. Program “Jom Ziarah Dakwah”  ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Yayasan GIFT, Datuk Dr Abdul Razak Kechik selain dijayakan dengan kehadiran para sahabat Yayasan GIFT sendiri. Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kesulitan besar yang berlaku. Alhamdulillah. Kehadiran kami seluruh warga MYComicZine dan Yayasan GIFT sempena program ini mendapat sambutan yang amat mengalakan daripada masyarakat orang asli Islam mahupun bukan Islam. Penerimaan baik mereka amatlah kami hargai. Berikut merupakan aturcara program yang dijalankan:

Aturcara:

1. Gotong-royong mengemas Balai

2. Solat Asar berjemaah

3. Jom Ziarah

4. Aktiviti

5. Bersama menyediakan makanan

6. Berbuka puasa

7. Solat Maghrib

8. Ceramah Agama

9. Solat Tarawih

10. Minum malam

11. Kemas dan bersurai

Ini pula gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang program sebagai kenangan :)

Kehadiran kami disambut dengan keceriaan di wajah kanak-kanak ini :) Turut bersama mereka ketika ini adalah Tuan Haji Zainuddin.

Penerangan ringkas dari Datuk Razak sambil diperhatikan Ustaz Azrul dan juga Puan Hajah Zaiton.

Keceriaan di wajah para sahabat GIFT. Smile :)

Mengemas balai sebelum aktiviti berikutnya diteruskan.

Sebelum aktiviti, solat Asar berjemaah dahulu. Eh, imam tidak kelihatan pula dalam gambar ni, bayang je yang ada :)

Alhamdulillah, semoga dapat ‘menjaga’ khusyuk imam mengimamkan jemaah ketika itu ;)

Aktiviti melukis dan mewarna bersama kanak-kanak di sana. Penglibatan mereka menceriakan kami sewaktu mengelolakan aktiviti tersebut ;)

Kelihatan Datuk Razak meneliti aktiviti ini bersama mereka.

Waktu berbuka pun tiba. Dari petang sehingga berbuka kanak-kanak ini masih lagi ceria :)

Banyak lagi gambar yang akan kami upload kan menerusi ruang ini, Insyaallah :) Tunggu ya!

ps: Asyik guna perkataan ‘ceria’  sahaja. Tapi sebab dah memang ceria, nak buat macam mana kan? :P (penulis memberi alasan, jadi iye kan saja la~ <semua pun mengangguk – bajet je>)

Pages:1234»