Bengkel Taman Pustaka

Wednesday, March 16, 2011

Sempena musim cuti sekolah, pihak MYComiczine telah mengadakan Bengkel Taman Pustaka. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mengisi  masa lapang rakan-rakan kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Bengkel ni diadakan di Taman Firdaus, Klang.

Sepanjang  cuti sekolah, 2 orang dari Mycomiczine akan meluangkan masa untuk adik-adik kita dari pukul 11 pagi-12 tengah hari dan 4 petang -5 petang. Pelbagai akitviti menarik akan diadakan, antaranya, Color the World, Cerita Time,  Alif Ba Ta, Public Speaking, Origami dan macam-macam lagi.

*****************************

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakam ketika cik Echah dan cik Shakinah mengendalikan program Alif Ba Ta.

Antara akitvit yang dilakukan pada hari itu ialah:

1) Find Your Way

- Beberapa perkataan dalam jawi ditulis atas manila kad, dan digunting kepada beberapa bahagian,

- peserta dikehendaki menyusun kembali perkataan yang diberi dalam tempoh masa yg ditetapkan.

- Siapa cepat! Dia Menang!

Bahan digunakan:-

- Kad Manila – 1 keping.

2) Searching For The Truth:-

- teka silang kata sebesar kertas A4 diberi kepada peserta.

- peserta dikehendaki melengkapkannya (tiada tempoh masa dihadkan)

- Siapa cepat! Dia Menang!

3) Bina Ria

- peserta dikehendaki melengkapkan huruf- huruf hijaiyah mengikut tertib yg betul dan tepat.

- Siapa cepat! Dia Menang!

Bahan digunakan:-

- Kad Manila – 1 keping.

Leave a Reply