Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010.
Pada 18 November 2010, maknanya Hari Raya Korban Ke-2, semua warga MYComicZine bersama-sama mengerjakan kambing ini.
kambing malu-malu.
Awal-awal pagi lagi, kami berkumpul di Home Office untuk melakukan acara penyembelihan kambing ini.
Kambing selamat disembelih dan dilapahkan kulit oleh sukarelawan yang tidak berpengalaman.
Semuanya kali pertama melapah kambing
********************
Sesi memotong daging dan mengasingkan daging untuk dimasak dan dibahagikan pada jiran-jiran.
********************
Selepas sesi mencincang dan memotong, mari kita melawat ke dapur
Ramai betul tukang masak kat dapur. Masak yang sedap-sedap ya
*****************************
Jom kita semua menjamu selera












