1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zamanÂ…!!
Tanggal 7 Disember 2010,bersamaan 1 Muharram 1432, kita semua telah menyambut Maal Hijrah.Salam Maal Hijrah buat semua.Diharapkan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Kita semua mengharapkan ia menjadi satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikan hijrah kita seperti hijrah junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W.
Bertemakan “1Malaysia,1Ummah”, diharapkan sedikit sebanyak membantu kita semua bekerjasama dan bersatu padu dalam menjana ummah yang cemerlang.Kepada sesiapa yang berazam atau ingin memulakan sesuatu yang baik, diharapkan kita semua dapat lakukkannya.:)

