Warga team Mycomiczine telah mengikuti karnival jualan di bangunan 3C Sunway pada 4 November 2010. Pada hari tersebut, telah diadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan para remaja dan ibu bapa. Konsep jualan dalam taman dan pelbagai pertandingan yang menghiburkan, telah menarik ramai pengunjung.
Kami bertolak dari Klang pada pukul 7.45 pagi dan tiba di 3C Sunway pada pukul 9 .10 pagi. Dibawah adalah antara gambar-gambar di karnival jualan.
Promosi Mycomiczine, dijual pada harga RM5
Aisyah tunjuk kemahiran melukis menggunakan pen tablet
Antara pengunjung yang hadir ke booth Mycomiczine
Muka kepenatan, tapi gembira.
Sedang khusyuk melihat Lutfi melukis
Azrul sedang memberi penerangan mengenai artikel di dalam MyComiczine
Pengunjung remaja meluangkan masa melihat MyComiczine
Karnival ini tamat pada pukul 2 petang. Diharapkan, warga team Mycomiczine dapat mengikuti aktiviti ini di lain kali







