Ketibaan Nuzul Al-Quran

Friday, August 27, 2010
NUZUL QURAN

Salam ramadhan , semoga semua rakan – rakan berada dalam keadaan yang sihat , Insyaallah .

Rakan – rakan tahu apa itu peristiwa Nuzul Al Quran?

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran kita baca pada hari ini. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Tahukah rakan – rakan ,perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.Al Quran merupakan kitab yang paling sempurna yang merangkumi semua bidang di dunia dan di akhirat.

Sempena peristiwa Nuzul Al Quran dan bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan bacaan Al Quran dan menghayati isi kandungannya.Di harapkan, kita semua beroleh pahala yang besar dan diampunkan dosa-dosa yang silam.

Kami dari Team Mycomiczine, tetap bekerja pada hari ini, akan terus memberi maklumat dan informasi kepada rakan – rakan semua. Semoga sedikit perkongsian ini akan membawa kebaikan kepada kita semua . Diharapkan kita semua dapat bersama – sama berkongsi ilmu dan menghayati Ramadhan yang tinggal lebih kurang 13 hari lagi.

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah , Amin :)

Leave a Reply