Syawaal had just left us with His memorable blessings of the month for us to spend a happy and joyous moments with family and friends. Though Syawaal had wishes a farewell this year but yet His everlasting blessings are always showered to us all the time! Alhamdulillah wa syukrulillah~ Allahuakbar!

Today, in the month of October, specifically on 9 Zulqaeda 1432H, we MYComicZine team would like to share one of our special moments on last Syawaal. Alhamdulillah wa syukrulillah~ Allahuakbar! Let’s browse through all the pics taken together :)

***********************************

Eidulfitri Open House at Dr Firdaus’

***********************************

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak – Anak Yatim di Bukit Beruntong, Selangor

Tarikh : 11 Ogos 2011
Hari : Jumaat
Masa : 1800 – 2300
Anjuran : Yayasan GIFT / Noveline Sdn Bhd

****************************

Catatan MYComicZine Pada 12 Ramadhan 1432H

Awal Ramadhan tahun ini rata-ratanya kami raikan dengan rutin ibadah Ramadhan hanya di rumah mahupun di masjid. Sesekali ada juga meraikannya di perkampungan orang asli. Namun petang kelmarin kami seramai 5 orang berpeluang berbuka bersama di rumah anak-anak yatim yang terletak di Bukit Beruntong. Kehadiran kami di sana memberi suasana dan rasa berbeza pada 12 Ramadhan kali ini.

Perjalanan kami yang mengambil masa kira-kira sejam setengah itu membawa kami ke sebuah rumah besar  di mana anak-anak yatim ditempatkan. Kami sampai ketika sebahagian para tetamu perempuan lain sedang berbuka dengan juadah yang disediakan manakala yang lelaki sedang solat Maghrib berjemaah. Setelah semua selesai solat Maghrib, semua yang hadir berkumpul dan mendengar sedikit ucapan daripada Datuk Razak. Antara yang ditekankan melalui ucapannya adalah mengenai rumah anak-anak yatim dan jelasnya ia merujuk kepada anak-anak yatim. Sabda Nabi SAW di bawah merupakan antara rujukan dalam ucapannya:

Nabi SAW telah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Maajah yang bermaksud:-

“Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tidak dijaga dengan baik”

Merujuk kepada sabda Nabi SAW tersebut, beliau menjelaskan bahawa meraikan Ramadhan kali ini di rumah anak-anak yatim ini amat bermakna sekali nilainya. Ini adalah kerana ianya diraikan di rumah anak-anak yatim iaitu di mana dengan tautan hati dan kasih antara anak-anak yatim ini mereka dimuliakan dengan asuhan yang baik di rumah yang disayangi Allah ini. Secara jelasnya ucapan beliau amat ringkas namun padat dan terisi dengan penyampaian mesej yang terkesan di hati tetamu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Isya’ berjemaah dan diikuti dengan solat tarawih berjemaah di bahagian surau rumah tersebut di tingkat atas. Setelah selesai solat, semua tetamu meluangkan masa beramah mesra dan melayani anak-anak yatim yang kelihatan agak malu pada mulanya. Namun telatah ceria mereka akhirnya terpancar setelah beberapa ketika kami meluangkan masa bersama mereka.

Masa dan kesempatan yang ada akhirnya berpenghujung pada malam itu. Rata-rata tetamu berundur diri pada lebih kurang masa yang sama kerana hari yang hampir larut malam. Kami juga berundur sama dan mendoakan semoga dengan kasih sayang mereka yang membantu anak-anak yatim ini ini diberkati dan dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT. Amin. Allahu’alam.

MYComicZine – 13 Ramadhan 1432H


*******************************************

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak – Anak Yatim di Bukit Beruntong, Selangor

*******************************************

Nota Kaki: Kami diberitahu bahawa bilangan anak yatim adalah seramai 30 orang. 12 orang daripada mereka menuntut di Maahad Tahfiz dan pulang hanya sebulan sekali. Anak yatim paling tua berumur 27 tahun dan yang paling muda berumur 7 bulan. Kami juga diberitahu terdapat anak yatim yang dikategorikan sebagai OKU dan ada yang sakit kronik seperti epilepsy dan strok.


Program “Jom Ziarah Dakwah” Sempena Ramadhan

TARIKH : 3 OGOS 2011
HARI : RABU
MASA : 1630 – 2300
ANJURAN: Yayasan GIFT

Pada 3 Ogos yang lepas, warga MYComicZine diberi kesempatan menyertai majlis berbuka puasa bersama masyarakat orang asli di Kampung Chinggung Tanjong Malim, Slim River, Perak anjuran Yayasan GIFT. Program “Jom Ziarah Dakwah”  ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Yayasan GIFT, Datuk Dr Abdul Razak Kechik selain dijayakan dengan kehadiran para sahabat Yayasan GIFT sendiri. Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kesulitan besar yang berlaku. Alhamdulillah. Kehadiran kami seluruh warga MYComicZine dan Yayasan GIFT sempena program ini mendapat sambutan yang amat mengalakan daripada masyarakat orang asli Islam mahupun bukan Islam. Penerimaan baik mereka amatlah kami hargai. Berikut merupakan aturcara program yang dijalankan:

Aturcara:

1. Gotong-royong mengemas Balai

2. Solat Asar berjemaah

3. Jom Ziarah

4. Aktiviti

5. Bersama menyediakan makanan

6. Berbuka puasa

7. Solat Maghrib

8. Ceramah Agama

9. Solat Tarawih

10. Minum malam

11. Kemas dan bersurai

Ini pula gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang program sebagai kenangan :)

Kehadiran kami disambut dengan keceriaan di wajah kanak-kanak ini :) Turut bersama mereka ketika ini adalah Tuan Haji Zainuddin

Penerangan ringkas dari Datuk Razak sambil diperhatikan Ustaz Azrul dan juga Puan Hajah Zaiton

Keceriaan di wajah para sahabat GIFT. Smile :)

Mengemas balai sebelum aktiviti berikutnya diteruskan

Sebelum aktiviti, solat Asar berjemaah dahulu. Eh, imam tidak kelihatan pula dalam gambar ni, bayang je yang ada :)

Alhamdulillah, semoga dapat ‘menjaga’ khusyuk imam mengimamkan jemaah ketika itu ;)

Aktiviti melukis dan mewarna bersama kanak-kanak di sana. Penglibatan mereka menceriakan kami sewaktu mengelolakan aktiviti tersebut ;) ;)

Kelihatan Datuk Razak meneliti aktiviti ini bersama mereka

Waktu berbuka pun tiba. Dari petang sehingga berbuka kanak-kanak ini masih lagi ceria :)

Banyak lagi gambar yang akan kami upload kan menerusi ruang ini, Insyaallah :) Tunggu ya!

ps: Asyik guna perkataan ‘ceria’  sahaja. Tapi sebab dah memang ceria, nak buat macam mana kan? :P (penulis memberi alasan, jadi iye kan saja la~ <semua pun mengangguk – bajet je>)

MYComicZine Team at Wasatiyyah Convention!

It was a busy week for all of us – The MYComicZine Team! Wasatiyyah Convention was just around the corner and we were rushing to complete the designs, video for this particular event. Day and night…we were THE ULTIMATE MACHINES!

Though we had been wrapped with tonnes of tasks that need to be completed before the Wasatiyyah Convention, at the end all of us had a wonderful time on the day of the Convention (10th -11th June 2011).

Just have a look at the pictures taken.


Behind the scene ;)

Alhamdulillah, the event turned out good in the end :)

Alhamdulillah

Dear All,

We have a busy day here at Noveline. But, those busy and hectic days were filled with fun and excitement in our own ways with these little buddies of ours ;)

Okay, try guessing it..

All: Hamster!

Oh, nope..

All: Baby hamster!

Errr, yup..nearly true..but, nope…

Okay, okay..end of the guessing session…let’s just take a look to these pics of our dearly buddies!

All: Ooooo, little bunnies?? Woohooo, cute! :)

Yes, they are absolutely cute little bunnies of ours…!

All: Hey there cute little fellows! Nice to meet ya!!

Hehehehe


All: It’s the mother rabbit!!

Little Bunnies, little bunnies, little bunnies…


Dear All,

We all love snapping pics! Well, maybe not all. But some of them do ;)

Faces with all sorts of expressions. Happy, serious and diligent-looking faces! ;) Hehe

Ahaks, we present you the game development team members.



Dear All,

We were celebrating Ms Wan’s birthday yesterday (19th May 2011 – we will definitely remember this day,  Ms Wan ;) ) with Dr Firdaus and all the staffs. A happy day, yet, it was also a  farewell for our dear practical students here at Noveline. Sob sob.

But then, let’s not say Good Bye but See You Again one day dear friends, Inshaallah. :)

Let’s wish them best of luck in their whole life afterwards. May Allah blessed them always.

Now, let’s enjoy our snapping time session! Snap snap. Enjoy the pics taken, buddies!

Dear Dr Firdaus and her lovely son, Faiz.

Ms Wan’s birthday cake. Nyum nyum, yummy! :p

Ms Wan is cutting the cake while being watched by others.

Happy faces..and serious too ;)

Enjoying the cake.

Eat, drink and chit-chatting. Oh, Mr Amin is working there too! Let’s enjoy the moments we are together, dear friends.

A moment for staffs with certificates ;)

Certificates for practical students upon their completion of practical days here at Noveline.

This day will be remembered. It’s great to be with all of you ;)

See you again in the near future! and Take Care ya.

Pada 15 Mac 2011, telah diadakan Bengkel Mycomiczine : Remaja Untuk Remaja di Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan motivasi  kepada peserta iaitu pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4 dari Felda Besout. Bengkel ini diadakan hasil usaha sama antara  Biro Pendidikan Persatuan Belia MBFM Gunung Besout 02, eMedia Yayasan FELDA, Yayasan GIFT, dan Noveline Sdn Bhd.

Ini adalah antara gambar-gambar di Bengkel MYComiczine : Remaja Untuk Remaja. Jom lihat :)

Lokasi Bengkel.

Kami tiba seawal jam 8 pagi.Semua muka bersemangat dan excited :)

Suasana di dalam dewan. Menunggu pelajar-pelajar dari Felda Besout.

Ketibaan para pelajar dari Felda Besout.

Berkumpul di dalam dewan dan memulakan sesi 1.

Rehat tengah hari, sambil makan dan minum. :)

Akitiviti di waktu petang.

Pembentangan hasil kerja kumpulan.

Mencuba bakat, bersama-sama bernasyid. :)

Program tamat pada pukul 10.30 malam. Semua orang penat  tapi gembira kerana semua program berjalan lancar  dan tiada apa-apa masalah berlaku.


Musim cuti sekolah sudah habis. Apa yang adik-adik buat masa cuti sekolah? Melancong? Tolong ibu-bapa ? Apa-apa yang adik buat, pastikan kita mengisi masa yang ada dengan perkara yang berfaedah.

Apabila cuti sekolah dah tamat, bermakna Bengkel Taman Pustaka di Taman Firdaus turut tamat. Kami gembira dengan sambutan yang baik dari adik-adik. Ada yang sampai ke Taman Pustaka seawal 8.30 pagi. Tak sabar menanti aktiviti yang dilakukan pada hari itu. :)

Di sini kami selitkan gambar-gambar  aktiviti Bengkel di Taman Pustaka di bawah kelolaan Wan dan Anis.


Cantik paper bag yang adik-adik kita buat kan ? :)

Sempena musim cuti sekolah, pihak MYComiczine telah mengadakan Bengkel Taman Pustaka. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mengisi  masa lapang rakan-rakan kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Bengkel ni diadakan di Taman Firdaus, Klang.

Sepanjang  cuti sekolah, 2 orang dari Mycomiczine akan meluangkan masa untuk adik-adik kita dari pukul 11 pagi-12 tengah hari dan 4 petang -5 petang. Pelbagai akitviti menarik akan diadakan, antaranya, Color the World, Cerita Time,  Alif Ba Ta, Public Speaking, Origami dan macam-macam lagi.

*****************************

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakam ketika cik Echah dan cik Shakinah mengendalikan program Alif Ba Ta.

Antara akitvit yang dilakukan pada hari itu ialah:

1) Find Your Way

- Beberapa perkataan dalam jawi ditulis atas manila kad, dan digunting kepada beberapa bahagian,

- peserta dikehendaki menyusun kembali perkataan yang diberi dalam tempoh masa yg ditetapkan.

- Siapa cepat! Dia Menang!

Bahan digunakan:-

- Kad Manila – 1 keping.

2) Searching For The Truth:-

- teka silang kata sebesar kertas A4 diberi kepada peserta.

- peserta dikehendaki melengkapkannya (tiada tempoh masa dihadkan)

- Siapa cepat! Dia Menang!

3) Bina Ria

- peserta dikehendaki melengkapkan huruf- huruf hijaiyah mengikut tertib yg betul dan tepat.

- Siapa cepat! Dia Menang!

Bahan digunakan:-

- Kad Manila – 1 keping.